Saturday, May 5, 2018

SENTAK PENGURUSAN JENAZAH

                           FILEM PENDEK SENTAK
                                      PENGURUSAN JENAZAH...

VIDEO TERBITAN:  KOMPLEKS DAKWAH DARUL MURTADHA
                                  (PENGASAS: ALLAHYARHAM USTAZ MURTADHA YUSOF)
PENAMPILAN KHAS:  BADROL BAKHTIAR
                                       (PEMAIN BOLA MALAYSIA)

Sunday, April 22, 2018

UPACARA PENGEBUMIAN ORANG ISLAM








PROSES PENGURUSAN JENAZAH




1. ORANG SAKIT

Ø  Jangan ziarah orang sakit terlalu lama dirumah atau di rumah sakit
Ø  Jangan banyak bercakap dengan orang sakit
Ø  Jangan ajarkan kalimah tauhid yang panjang
Ø  Ajarkan kalimah Lailahailaallah atau Allah atau Hu
Ø  Orang yang sedang nazak itu sedang berperang dengan sakaratul maut.
Ø  Doakan orang sakit supaya cepat sembuh
Ø  Sekurang-kurangnya mendoakannya ‘Allahumma Hawwin Alaina Fi Sakaratulmaut’
Ø  Beri kata perangsang dan bersabar menempuh dugaan hidup sekiranya pesakit masih belum nazak.

2. ORANG YANG SEDANG NAZAK

Ø  Baringkan kakinya menghadap ke kiblat
Ø  Tinggikan kepalanya dibubok bantal
Ø  Tanggalkan gigi palsu, cincin, jam dan susuk sekiranya dia memakai susuk badan
Ø  Tukarkan pakaian dengan kain sekiranya dia memakai seluar
Ø  Ajarkan kalimah tauhid yang ringan seperti Laillahailaallah

3. TANDA-TANDA SESEORANG YANG HENDAK MATI

Ø  Raut wajahnya kendur
Ø  Hidungnya tunduk dan tidak dapat dilihat sendiri
Ø  Apabila dia tidur terlentang, tangan tidak boleh masuk melalui pinggang
Ø  Jari-jarinya lurus
Ø  Sendi-sendi renggang
Ø  Bila digaru, tidak nampak kesan tanah
Ø  Sebelah atas pipinya lekuk
Ø  Nadinya lemah

4. SETELAH MENINGGAL DUNIA

Ø  Ikat dagu ke kepala dengan kain supaya mulut tidak ternganga.
Ø  Ikat ibu jari kaki supaya jenazah tidak terkangkang
Ø  Qiamkan tangan dan ikat dengan kain
Ø  Kalau telah mati agak lama dan tangan terlalu keras, sapukan minyak kelapa disendi-sendi sikunya sampai boleh diqiamkan
Ø  Letakkan gunting diperutnya supaya tidak masuk angin dan buncit
Ø  Perasapkan kemiyan atau setanggi jika jenazah itu uzur atau bermalam

5. ALAT-ALAT KEMATIAN

Ø  Kain kapan putih bidang 60
      Lelaki - 15 meter , Perempuan - 20 meter
Ø  Kapur barus sekotak
Ø  Kapas 4 gulung
Ø  Sabun wangi sebuku
Ø  Air mawar sebotol
Ø  Minyak attar 2 botol
Ø  Cendana 2 peket
Ø  Sekaki payung hijau
Ø  Sehelai tikar
Ø  Jug atau cerek
Ø  Gunting

6. PERSIAPAN KAIN KAPAN

Ø  Bentang tikar
Ø  Bentang 5 helai tali- tali diambil dari tepi kain kapan (dikoyakkan) dari kepala, dada, pinggang, lutut dan kaki.
Ø  Bentang 3 helai kain kapan atas tali jika ada serban, baju, sarung atau jubah kapan, bentang 2 helai sahaja.
Ø  Bentangkan kapas diatas baju/jubah
Ø  Taburkan kapur barus dan cendana atas kapas

7. PERSIAPAN MEMANDIKAN JENAZAH

Ø  Sediakan tempat mandi jenazah seperti pangkin atau dipangku atau biasanya ada pihak masjid/surau menyediakan takungan mandi jenazah.
Ø  Kain tabir dipasang supaya orang yang tidak berkenaan tidak dapat melihat semasa jenazah dimandikan.
Ø  Sediakan air sabun, air kapur barus dan air cendana.
Ø  Sabun wangi yang dikerat 3
Ø  Sediakan 3 biji gayung
Ø  Sediakan besen atau tong
Ø  Sediakan 2 sarung tangan untuk meruang qubul dan dubur jenazah.
Ø  Sediakan kain sugi jenazah 9 gulung kecil atau boleh juga menggunakan putik kapas
8. MEMANDIKAN JENAZAH
Ø  Tanggalkan pakaian jenazah. Jika jenazah memakai baju atau seluar, guntingkan sahaja. Lihat dibahagian tangan, dada atau kaki jika ada getah plaster daripada hospital, buang dengan minyak petrol menggunakan kain. Dan jenazah ditutup dengan kain batik lepas.
Ø  Mula menjiruskan jenazah dengan air limau (jika ada) atau air kapur barus 3 kali, kanan, kiri dan tengah dari kepala hingga hujung kaki, kemudian air cendana 3 kali dan air sabun (jika ada). Buka kain tutup jenazah paras dada dan kaki paras lutut. Gosoklah jenazah di bahagian hadapan dengan sabun dan air sentiasa dialirkan ke tempat yang disabun.Setelah bersih dibahagian hadapan, basuh pula lambung kanan (mengiringkan jenazah) kemudian basuh lambung kiri. Setelah bersih telentangkan jenazah. Salah seorang memakai sarung tangan untuk meruang.
Ø  Kangkangkan seberapa yang boleh kaki jenazah, angkat jenazah setinggi 30 darjah dan salah seorang tekan perut jenazah supaya keluar najisnya jika ada. Pemandi jenazah yang memakai sarung tangan, istinjakkan dubur jenazah sehingga diyakini bersih., terlentangkan kembali jenazah dan basuh pula qubul dengan sabun hingga bersih.
Ø  Sugikan jenazah dengan kain sugi atau putik kapas di tempat-tempat berikut:
   - mata, hidung, telinga, mulut, pusat, jari-jari tangan dan jari-jari kaki
Ø  Wudukkan jenazah
Ø  Mandikan jenazah
Ø  Mandikan jenazah dengan air 9 :
   - 3 kali air kapur barus
   - 3 kali air cendana
   - 3 kali air bersih
Ø  Tukar kain jenazah dengan kain lap jenazah dan sikatkan rambut jenazah. Kemudian angkat jenazah bawa ke tempat pengapanan.

9. MENGKAPANKAN JENAZAH
Ø  Bentang kain kapan yang telah disiapkan
Ø  Letakkan jenazah atas kain kapan (kepalanya diletakkan di tengah-tengah lubang jubah/baju).
Ø  Tutup kemaluannya dengan kapas atau kain dijadikan seperti cawat sehingga tertutup semua kemaluannya.
Ø  Buka kain tutup jenazah, kapas menutupi kemaluan jenazah
Ø  Mula mengkapankan jenazah dari sebelah kiri kemudian kanan dimulai dengan baju, kemudian taburkan minyak attar.
Ø  Ikat jenazah dengan tali pada bahagian dada, pinggang,lutut dan kaki.

10. SOLAT JENAZAH
Ø    - Baringkan jenazah melintang seeloknya:
Lelaki: Kepalanya sebelah kiri imam
Imam berdiri di bahagian dada
Perempuan: Kepalanya sebelah kanan imam
Imam berdiri di bahagian punggung.
Ø  Rukun solat jenazah:



i)                    Niat





ii)                  Berdiri betul
iii)                4 kali takbir

iv)                Bacaan Al- Fatihah

v)       Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W





vi)                Doa jenazah


vii)              Salam ke kanan

11) MENGUBURKAN JENAZAH
Disunnahkan membawa jenazah dengan usungan jenazah yang di panggul di atas pundak dari keempat sudut usungan.

Disunnahkan menyegerakan mengusungnya ke pemakaman tanpa harus tergesa-gesa. Bagi para pengiring, boleh berjalan di depan jenazah, di belakangnya, di samping kanan atau kirinya. Semua cara ada tuntunannya dalam sunnah Nabi.
Para pengiring tidak dibenarkan untuk duduk sebelum jenazah diletakkan, sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam telah melarangnya.

Disunnahkan mendalamkan lubang kubur, agar jasad si mayat terjaga dari jangkauan binatang buas, dan agar baunya tidak merebak keluar.
Lubang kubur yang dilengkapi liang lahad lebih baik daripada syaq. Dalam masalah ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Liang lahad itu adalah bagi kita (kaum muslimin), sedangkan syaq bagi selain kita (non muslim).” (HR. Abu Dawud dan dinyatakan shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam “Ahkamul Janaaiz” hal. 145)

Lahad adalah liang (membentuk huruf U memanjang) yang dibuat khusus di dasar kubur pada bahagian arah kiblat untuk meletakkan jenazah di dalamnya.
Syaq adalah liang yang dibuat khusus di dasar kubur pada bahagian tengahnya (membentuk huruf U memanjang).


– Jenazah diangkat di atas tangan untuk diletakkan di dalam kubur.

– Jenazah dimasukkan ke dalam kubur. Disunnahkan memasukkan jenazah ke liang lahat dari arah kaki kuburan lalu diturunkan ke dalam liang kubur secara perlahan. Jika tidak memungkinkan, boleh menurunkannya dari arah kiblat.
– Petugas yang memasukkan jenazah ke lubang kubur hendaklah mengucapkan: “BISMILLAHI WA ‘ALA MILLATI RASULILLAHI (Dengan menyebut Asma Allah dan berjalan di atas millah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam).” ketika menurunkan jenazah ke lubang kubur. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam.

Disunnahkan membaringkan jenazah dengan bertumpu pada sisi kanan jasadnya (dalam posisi miring) dan menghadap kiblat sambil dilepas tali-talinya selain tali kepala dan kedua kaki.
– Tidak perlu meletakkan bantalan dari tanah ataupun batu di bawah kepalanya, sebab tidak ada dalil sahih yang menyebutkannya. Dan tidak perlu menyingkap wajahnya, kecuali bila si mayat meninggal dunia saat mengenakan kain ihram sebagaimana yang telah dijelaskan.




– Setelah jenazah diletakkan di dalam rongga liang lahad dan tali-tali selain kepala dan kaki dilepas, maka rongga liang lahad tersebut ditutup dengan batu bata atau papan kayu/bamboo.





– Lalu sela-sela batu bata itu ditutup dengan tanah liat untuk menghalangi sesuatu yang masuk sekaligus untuk menguatkannya.





– Disunnahkan bagi para pengiring untuk menabur tiga genggaman tanah ke dalam liang kubur setelah jenazah diletakkan di dalamnya. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam. Setelah itu ditumpahkan (diuruk) tanah ke atas jenazah tersebut.
– Hendaklah meninggikan makam kira-kira sejengkal sebagai tanda agar tidak dilanggar kehormatannya, dibuat gundukan seperti punuk unta, demikianlah bentuk makam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam (HR. Bukhari).





– Kemudian ditaburi dengan batu kerikil sebagai tanda sebuah makam dan dipercikkan air, berdasarkan tuntunan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam (dalam masalah ini terdapat riwayat-riwayat mursal yang shahih, silakan lihat “Irwa’ul Ghalil” II/206). Lalu diletakkan batu pada makam dibahagian kepalanya agar mudah dikenali.
– Haram hukumnya menyemen dan membangun kuburan. Demikian pula menulisi batu nisan. Dan diharamkan juga duduk di atas kuburan, menginjaknya serta bersandar padanya. Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam telah melarang dari hal tersebut. (HR. Muslim)
– Kemudian pengiring jenazah mendoakan keteguhan bagi si mayat (dalam menjawab pertanyaan dua malaikat yang disebut dengan fitnah kubur). Karena ketika itu rohnya dikembalikan dan dia ditanya di dalam kubur. Maka disunnahkan agar setelah selesai menguburkannya, orang-orang itu berhenti sebentar untuk mendoakan kebaikan bagi si mayat. Sesungguhnya mayat boleh mendapatkan manfaat dari doa mereka.
KESIMPULAN

 Berdasarkan huraian mengenai tata cara pengurusan jenazah dapat diambil beberapa hikmah, antaranya:

1.      Memperoleh pahala yang besar.
2.      Menunjukkan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam kalangan muslim.
3.      Membantu meringankan beban kelurga jenazah.
4.      Mengingatkan manusia bahawa setiap manusia akan mati dan mempersiapkan bekal untuk hidup setelah mati.
5.      Sebagai bukti bahwa manusia adalah makhluk yang paling mulia, sehingga apabila salah seorang manusia meninggal dihormati dan diurus dengan sebaik-baiknya menurut aturan Allah SWT dan RasulNya.
          

        Menemu ramah pengurus jenazah perempuan di Kampung Sri Gemas, Gemas, Negeri             Sembilan  


UPACARA PENGEBUMIAN KAUM KADAZANDUSUN


PROSES PENGEBUMIAN KAUM KADAZANDUSUN:

PENGENALAN:
Kaum kadazan terdapat kepercayaan mereka sendiri dalam menguruskan jenazah. Masyarakat kadazan memang mengambil berat hal ini. Proses pengebumian kaum ini adalah sangat unik dan menarik kepada orang asing kerana terdapat keistimewaannya tersendiri. Oleh itu, kami akan menerangkan satu per satu tentang proses dan pantang larang pengebumian kaum kadazan dalam blog ini.

PERMULAAN:
  1. ·         Mogombiruoh iaitu ramalan yang dilakukan oleh dukun melalui mimpi untuk mengetahui kematian ataupun penyembuhan penyakit seseorang.
  2. ·          Semua penduduk kampung dan saudara mara akan dimaklumkan tentang kematian seseorang kerana kesedihan tidak oleh hanya dirasai oleh keluaraga si mati sahaja.
  3. ·         Sebarang pekerjaan tidak boleh dilakukan pada hari tersebut kerana dipercayai hanya sia-sia dan tidak akan mendatangkan hasil dan boleh mendatangkan penyakit. (hanya kepada masyarakat yang berdekatan sahaja)
  4. ·         Pekerjaan menanam padi amatlah DILARANG.


PROSES MENYIAPKAN JENAZAH:
  1. ·         Setelah dimandikan dan seluruh badan dilap, jenazah akan dipakaikan pakaian yang cantik-cantik dan direnjis dengan air wangi.
  2. ·         Rokok akan dimasukkan ke dalam mulut si mati sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok dengan tujuan mengelakkan si mati kempunan.
  3. ·         Begitu juga dengan cerut yang diselitkan seketika ke bibir mayat.
  4. ·         Selama 3,4 atau 7 hari ,mayat akan diletakkan di ruang tamu rumah dan harus dijaga dengan baik untuk mengelakkan HAIWAN SEPERTI KUCING HITAM daripada melangkah mayat.
  5. ·         Mereka percaya kucing hitam boleh menyebabkan mayat bangun dan mengamuk lalu boleh membunuh orang yang berada di situ.









PERKARA SELAMA TEMPOH MENYIMPAN MAYAT DI RUMAH:
  • ·         Pendaatan iaitu jin/iblis yang menyerupai seekor burung besar dipercayai akan MENERBANGKAN MAYAT ITU.
  • ·         PAKAIAN AKAN DIGANTUNG SERUPA MANUSIA untuk mengelakkan serangan pendaatan.
  • ·         Suasana di dalam rumah harus senyap dan sesiapapun tidak dibenar bercakap kasar atau marah-marah. HANYA PUKULAN GONG DAN GENDANG dipalu perlahan sahaja kedengaran.
  • ·         Bunyi paluan dikenali sebagai SURABAYA. Terdapat 3 waktu pukulan setiap hari iaitu :

1.       semasa matahari terbit
2.       matahari terbenam
3.       waktu tengah malam

MOGINUPUS
  • ·         Adalah bahasa kadazan yang bermaksud RASA SIMPATI KEPADA SI MATI.
  • ·         Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai harus menangis sekuat hati.
  • ·         Mereka memukul benda seperti gong, tajau dan lain-lain yang terdapat di dalam rumah. TUJUAN MEMUKUL adalah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.
  • ·         Bagi KELUARGA KAYA, penyembelihan lembu/kerbau dilakukan sebagai penghormatan terakhir.
  • ·         Akan dijamu oleh tetamu yang hadir dan TANDUK lembu/kerbau yang dikorbankan akan DISANGKUT PADA KAYU NISAN KUBUR SI MATI.

PROSES SELEPAS DI KUBUR:
  • ·         Hantar makanan kepada si mati selama tujuh hari berturut-turut kerana dipercayai mayat masih memerlukan makanan selagi roh belum berpindah ke tempat lain.
  • ·         Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.
  • ·         Sekiranya masa pengebumian hujan, bermakna si mati sedang sedih manakala jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak.

ADAB SI PENGURUS MAYAT:
  • ·         Ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang merah.
  • ·         Mereka akan mendapat daging lembu/kerbau
  • ·         Tidak boleh terus naik ke rumah. Perlu mandi dahulu dan segala pakaian perlu direndam hingga keesokan harinya
  • ·         Barang yang telah dipinjam dan akan dipulangkan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang.


SELEPAS KEMATIAN:
·         Majlis makan akan diadakan iaitu:-
1.       Makan Tiga dan Tujuh Hari
-setelah genap 3 hari dikebumikan, kenduri akan diadakan di malam hari.
-ahli keluarga akan menitikkan 3 titik lilin melalui celah lantai dan tujuh titik lilin untuk makan tujuh hari.

                          -sahabat-handai dan ahli keluarga terdekat saja terlibat. Kenduri secara kecil-kecilan                             sahaja dan tiada makanan istimewa.
2.       Makan Empat Puluh Hari
-dilakuakan setelah genap 40 hari, kenduri pada siang dan malam.
-kenduri besar-besaran kerana seluruh keluarga yang ada hubungan dengan si mati perlu hadir dan sahabat handai jauh dan dekat.
-makanan dalam kuantiti yang banyak kerana ramai yang hadir untuk dijamu.(ayam,kuih-muih,buah-buahan)
-seorang kanak-kanak (anak si mati) akan pergi ke kubur untuk menjemput si mati menyertai kenduri dan setelah itu baru tetamu di rumah boleh menjamu selera.
-Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang berdekatan dan barulah hidangan boleh dimakan oleh tetamu.
3.       Makan Seratus Hari
-dibuat setelah genap 100 hari kematian dan kenduri adalah lebih besar daripada sebelumnya.
-melakukan penyembelihan seekor lembu/kerbau. Beberapa ekor ayam turut disembelih juga.
- Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan ialah untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar.
-segala bala dan roh jahat si mati akan dapat dihindari.



 







4.       Makan Tiga Tahun
-dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan
-pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati.
- Sebanyak tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak,tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan.
  



-kenduri bermula pada jam 8 malam.
-Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis,seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin.
-seorang wanita yang lebih berusia (pengupeh) akan duduk di sebelah setiap hidangan sambil pegang pedang.
-lilin dinyalakan dan pengupeh akan mula menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.
-Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah.
-BOBOGOH iaitu acara pantun yang mana kumpulan yang tidak dapat menjawab pantun perlu meminum arak sekaligus.
-Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu malam, pesta akan diadakan. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak
sekali.



KESIMPULAN:
·         Masyarakat kadazan percaya kepada roh dan jasad yang bergabung dalam satu diri seseorang.
·         Meraka mengambil berat proses pengebumian kerana untuk mengelak dari sebarang malapetaka atau roh jahat seperti hantu.
·         Masyarakat kadazan yang tidak beragama percaya bahawa roh mereka akan berkunjung dan rehat di Gunung Kinabalu setelah mati.
·         Kepercayaan mereka dalam hal ini harus dihormati oleh setiap kaum yang ada di dunia.

MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DIBANTU OLEH :-


                   EMMELDAH JOSEPH, 19 TAHUN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH