Sunday, April 22, 2018

UPACARA PENGEBUMIAN KAUM KADAZANDUSUN


PROSES PENGEBUMIAN KAUM KADAZANDUSUN:

PENGENALAN:
Kaum kadazan terdapat kepercayaan mereka sendiri dalam menguruskan jenazah. Masyarakat kadazan memang mengambil berat hal ini. Proses pengebumian kaum ini adalah sangat unik dan menarik kepada orang asing kerana terdapat keistimewaannya tersendiri. Oleh itu, kami akan menerangkan satu per satu tentang proses dan pantang larang pengebumian kaum kadazan dalam blog ini.

PERMULAAN:
  1. ·         Mogombiruoh iaitu ramalan yang dilakukan oleh dukun melalui mimpi untuk mengetahui kematian ataupun penyembuhan penyakit seseorang.
  2. ·          Semua penduduk kampung dan saudara mara akan dimaklumkan tentang kematian seseorang kerana kesedihan tidak oleh hanya dirasai oleh keluaraga si mati sahaja.
  3. ·         Sebarang pekerjaan tidak boleh dilakukan pada hari tersebut kerana dipercayai hanya sia-sia dan tidak akan mendatangkan hasil dan boleh mendatangkan penyakit. (hanya kepada masyarakat yang berdekatan sahaja)
  4. ·         Pekerjaan menanam padi amatlah DILARANG.


PROSES MENYIAPKAN JENAZAH:
  1. ·         Setelah dimandikan dan seluruh badan dilap, jenazah akan dipakaikan pakaian yang cantik-cantik dan direnjis dengan air wangi.
  2. ·         Rokok akan dimasukkan ke dalam mulut si mati sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok dengan tujuan mengelakkan si mati kempunan.
  3. ·         Begitu juga dengan cerut yang diselitkan seketika ke bibir mayat.
  4. ·         Selama 3,4 atau 7 hari ,mayat akan diletakkan di ruang tamu rumah dan harus dijaga dengan baik untuk mengelakkan HAIWAN SEPERTI KUCING HITAM daripada melangkah mayat.
  5. ·         Mereka percaya kucing hitam boleh menyebabkan mayat bangun dan mengamuk lalu boleh membunuh orang yang berada di situ.









PERKARA SELAMA TEMPOH MENYIMPAN MAYAT DI RUMAH:
  • ·         Pendaatan iaitu jin/iblis yang menyerupai seekor burung besar dipercayai akan MENERBANGKAN MAYAT ITU.
  • ·         PAKAIAN AKAN DIGANTUNG SERUPA MANUSIA untuk mengelakkan serangan pendaatan.
  • ·         Suasana di dalam rumah harus senyap dan sesiapapun tidak dibenar bercakap kasar atau marah-marah. HANYA PUKULAN GONG DAN GENDANG dipalu perlahan sahaja kedengaran.
  • ·         Bunyi paluan dikenali sebagai SURABAYA. Terdapat 3 waktu pukulan setiap hari iaitu :

1.       semasa matahari terbit
2.       matahari terbenam
3.       waktu tengah malam

MOGINUPUS
  • ·         Adalah bahasa kadazan yang bermaksud RASA SIMPATI KEPADA SI MATI.
  • ·         Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai harus menangis sekuat hati.
  • ·         Mereka memukul benda seperti gong, tajau dan lain-lain yang terdapat di dalam rumah. TUJUAN MEMUKUL adalah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.
  • ·         Bagi KELUARGA KAYA, penyembelihan lembu/kerbau dilakukan sebagai penghormatan terakhir.
  • ·         Akan dijamu oleh tetamu yang hadir dan TANDUK lembu/kerbau yang dikorbankan akan DISANGKUT PADA KAYU NISAN KUBUR SI MATI.

PROSES SELEPAS DI KUBUR:
  • ·         Hantar makanan kepada si mati selama tujuh hari berturut-turut kerana dipercayai mayat masih memerlukan makanan selagi roh belum berpindah ke tempat lain.
  • ·         Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.
  • ·         Sekiranya masa pengebumian hujan, bermakna si mati sedang sedih manakala jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak.

ADAB SI PENGURUS MAYAT:
  • ·         Ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang merah.
  • ·         Mereka akan mendapat daging lembu/kerbau
  • ·         Tidak boleh terus naik ke rumah. Perlu mandi dahulu dan segala pakaian perlu direndam hingga keesokan harinya
  • ·         Barang yang telah dipinjam dan akan dipulangkan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang.


SELEPAS KEMATIAN:
·         Majlis makan akan diadakan iaitu:-
1.       Makan Tiga dan Tujuh Hari
-setelah genap 3 hari dikebumikan, kenduri akan diadakan di malam hari.
-ahli keluarga akan menitikkan 3 titik lilin melalui celah lantai dan tujuh titik lilin untuk makan tujuh hari.

                          -sahabat-handai dan ahli keluarga terdekat saja terlibat. Kenduri secara kecil-kecilan                             sahaja dan tiada makanan istimewa.
2.       Makan Empat Puluh Hari
-dilakuakan setelah genap 40 hari, kenduri pada siang dan malam.
-kenduri besar-besaran kerana seluruh keluarga yang ada hubungan dengan si mati perlu hadir dan sahabat handai jauh dan dekat.
-makanan dalam kuantiti yang banyak kerana ramai yang hadir untuk dijamu.(ayam,kuih-muih,buah-buahan)
-seorang kanak-kanak (anak si mati) akan pergi ke kubur untuk menjemput si mati menyertai kenduri dan setelah itu baru tetamu di rumah boleh menjamu selera.
-Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang berdekatan dan barulah hidangan boleh dimakan oleh tetamu.
3.       Makan Seratus Hari
-dibuat setelah genap 100 hari kematian dan kenduri adalah lebih besar daripada sebelumnya.
-melakukan penyembelihan seekor lembu/kerbau. Beberapa ekor ayam turut disembelih juga.
- Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan ialah untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar.
-segala bala dan roh jahat si mati akan dapat dihindari.



 







4.       Makan Tiga Tahun
-dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan
-pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati.
- Sebanyak tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak,tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan.
  



-kenduri bermula pada jam 8 malam.
-Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis,seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin.
-seorang wanita yang lebih berusia (pengupeh) akan duduk di sebelah setiap hidangan sambil pegang pedang.
-lilin dinyalakan dan pengupeh akan mula menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.
-Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah.
-BOBOGOH iaitu acara pantun yang mana kumpulan yang tidak dapat menjawab pantun perlu meminum arak sekaligus.
-Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu malam, pesta akan diadakan. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak
sekali.



KESIMPULAN:
·         Masyarakat kadazan percaya kepada roh dan jasad yang bergabung dalam satu diri seseorang.
·         Meraka mengambil berat proses pengebumian kerana untuk mengelak dari sebarang malapetaka atau roh jahat seperti hantu.
·         Masyarakat kadazan yang tidak beragama percaya bahawa roh mereka akan berkunjung dan rehat di Gunung Kinabalu setelah mati.
·         Kepercayaan mereka dalam hal ini harus dihormati oleh setiap kaum yang ada di dunia.

MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DIBANTU OLEH :-


                   EMMELDAH JOSEPH, 19 TAHUN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


1 comment:

  1. Soccer Betting - How To Bet On Soccer In Betting Guide
    In football betting, you're simply choosing the best odds 토토 사이트 모음 at which to place a bet. Soccer Betting Guide. How To Bet On Soccer In Betting Guide.

    ReplyDelete