Masyarakat cina
merupakan sebuah masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat resam mereka
apabila ianya berkaitan dengan sebuah kematian. Adat resam dan tradisi menjadi
tonggak utama dalam melakukan sesuatu hal dan ia adalah lebih penting dan
mengatasi agama serta kepercayaan yang dianutinya. Setiap adat amatlah perlu
dihormati yang mana bermula dari sebuah kelahiran sehinggalah kematian
seseorang itu. Setiap
perbuatan yang dilakukan mengandungi makna dan manifestasinya yang tersendiri.
Dalam adat kematian orang cina, terdapatnya komunikasi secara lisan dan tidak
lisan.
Bermulanya dengan sebuah kematian
seseorang yang berbangsa cina, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ahli
keluarga si mati adalah membersihkan dan memandikan mayat tersebut terlebih
dahulu. Setelah itu, mayat tersebut hendaklah dipakaikan dengan pakaian yang
cantik iaitu seperti pakaian di hari perkahwinan. Mayat kemudiannya dimasukkan
ke dalam keranda kayu yang diukir cantik. Bagi mereka yang kaya, keranda
tersebut akan diukir dengan bersalutkan logam.


Terdapat dua pilihan sama ada ingin dibakar atau dikuburkan mayat tersebut. Sekiranya ingin dikuburkan, mayat akan diiringi dengan pelbagai jenis lagu yang dimainkan sama ada berkonsepkan ketuhanan ataupun tradicional sepanjang perjalanan ke jirat. Bermula dari rumah, muzik melalui penggunaan seruling dan gendang akan mengiringi mayat sehingga dikebumikan. Ahli keluarga lazimnya akan memakai pakaian berwarna hitam atau putih manakala pakaian yang berwarna merah atau berbunga-bunga amatlah dilarang sama sekali kerana dianggap mempersendakan si mati dan keluarganya. Pakaian berwarna putih dipercayai dapat meringankan penderitaaan si mati manakala hitam sebagai tanda kesedihan mereka.
Mayat akan diusung menggunakan sebuah lori
khas yang mana kemudiannya beberapa kertas bersalutkan logam dicampak sepanjang
perjalanan ke jirat. Dahulunya, masyarakat cina tradisional akan memasukkan
pelbagai jenis harta milik si mati bagi menunjukkan darjat si mati semasa di
dunia. Namun begitu, ekoran daripada kes kecurian yang berlaku, amalan itu
tidak lagi digunakan malahan ianya digantikan pula dengan kertas berbentuk duit
yang bercop bagi mengelakkan kes kecurian.
|
Bagi
upacara pengebumian, kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan
penting yang mana kawasan perkuburan yang berada di kawasan yang tinggi adalah
lebih baik berbanding daripada tanah yang rata. Tanah perkuburan tersebut juga
akan dihias dengan cantik sama ada daripada ukiran, warna ataupun bentuk sebagai
lambang kekayaan si mati semasa masih hidup. Malahan kubur atau jirat yang
besar dan mempunyai bentuk yang menarik juga merupakan lambang kemewahan si
mati.

Kesimpulannya,setiap upacara yang
dilaksanakan dalam adat kematian masyarakat cina ia mempunyai maksud-maksud
yang tersendiri. Kita dapat lihat dalam upacara-upacara yang dijalankan seperti
penghormatan kepada si mati, upacara pengebumian yang perlu dilakukan dengan
sempurna dan upacara berkabung. Kematian dapat menyatupadukan orang cina dan
memberi keinsafan dan kesedaran kepada yang masih hidup bahawa kematian adalah
pasti untuk sesiapapun.
Thanks
ReplyDeleteJackpot City, Bally's, Soperlyn, LA Casinos - MapyRO
ReplyDeleteFind Jackpot 세종특별자치 출장샵 City, Bally's, Soperlyn, LA Casinos & Resorts Hotels in Bally's 춘천 출장안마 LA. Find 의정부 출장안마 addresses, 남원 출장마사지 phone numbers, reviews and more for this 태백 출장샵 Casino.